Gutter Oil atau ‘minyak longkang’ adalah nama minyak yang digunakan oleh sesetengah penjaja makanan di China. Apa yang mengejutkan, ‘minyak longkang’ ini dihasilkan dari sisa kumbahan dan lemak binatang yang diproses, dan merangkumi satu persepuluh dari penggunaan minyak masak di China.
Minyak longkang telah menjadi masalah di China selama bertahun-tahun, dan kurang keselamatan makanan telah menjadi masalah di negara itu sejak sekian lama.
Sekiranya anda bercadang untuk ke sana, pastikan anda hanya makan di tempat-tempat yang diketahui reputasinya. Elakkan makanan bergoreng kerana siapa tahu, minyak yang digunakan sebenarnya berasal dari usus manusia. Yuck!