“Minyak Cukup Untuk Kedua-Dua Laluan”, Jelas MAB Berhubung Isu Tersalah Laluan MH132

Trending

“Minyak Cukup Untuk Kedua-Dua Laluan”, Jelas MAB Berhubung Isu Tersalah Laluan MH132

MAS_plane

Susulan keganjilan pelan penerbangan pesawat MH132 yang mendapat perhatian media-media antarabangsa baru-baru ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MAB berkata MH132 diberi laluan pelan penerbangan baru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.

Advertisement

Bagaimanapun, MAB berkata kedua-dua laluan itu mengikut penerbangan yang disahkan dan pesawat itu mempunyai minyak yang mencukupi untuk melalui kedua-dua laluan itu.

Menurut MAB lagi, pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaan pada masa berkenaan meliputi hal-hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.

Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

MAB juga kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyerahan pelan penerbangan tersebut.

Sebelum ini, media The New Zealand Herald melaporkan juruterbang penerbangan MH132 bingung apabila pesawat yang dikemudi olehnya itu melalui laluan yang tidak biasa dilalui untuk menuju ke Kuala Lumpur selepas 8 minit berlepas dari New Zealand.

mh132

Admin ucapkan syabas dan tahniah kepada pilot yang berjaya mengawal keadaan agar tidak terjadinya suasana panik dikalangan penumpang kapal terbang..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...