Minuman Xing Fu Tang Sudah Mendapat Sijil Halal, Masih Ada Netizen Yang Ragu-Ragu

Trending

Minuman Xing Fu Tang Sudah Mendapat Sijil Halal, Masih Ada Netizen Yang Ragu-Ragu

Melalui perkongsian di laman Facebook rasmi mereka, Xing Fu Tang sudah mendapat kelulusan halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI). Majelis Ulama Indonesia antara di dalam senarai sebagai Badan Persijilan Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk senarai yang selebihnya boleh semak di portal rasmi Halal Malaysia.

Berita ini sememangnya ditunggu-tunggu boleh peminat tegar minuman terbabit kerana status halalnya yang masih meragukan. Minuman ‘bubble tea’ yang sememangnya tengah viral ini mendapat sambutan yang sangat hangat dari rakyat Malaysia.

Advertisement

“Kami telah memperoleh sijil halal dari MUI dan dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil JAKIM.”

Walau bagaimanapun, berita ini masih lagi tidak dapat meyakinkan sesetengah pihak berikutan sijil halal yang diperolehi dari negara seberang dan bukannya dari Malaysia sendiri.


Sebelum ini, ramai yang was-was untuk minum sebab masih tak dapat sijil halal. Jadi sekarang ni, dah boleh lah cuba minuman popular ni. Tapi kalau masih ada lagi yang ragu-ragu, kita tunggu saja lah sijil halal dari JAKIM.

via GIPHY

Artikel berkaitan: Netizen Persoal Status Halal ‘Bubble Tea’ Viral Xing Fu Tang & The Alley

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...