Minuman Paling Banyak Tak Habis, 57 Tan Lebihan Makanan Bazar Tak Habis Direkodkan

Kehidupan

Minuman Paling Banyak Tak Habis, 57 Tan Lebihan Makanan Bazar Tak Habis Direkodkan

Sepanjang 19 hari Ramadan tahun ini, hampir 57 tan lebihan makanan dari bazar Ramadan di seluruh negara berjaya diselamatkan selepas tidak habis dijual.

Menurut laporan Kosmo!, perkara itu didedahkan oleh MYSaveFood menerusi operasi penyelamatan makanan yang dijalankan di 123 bazar Ramadan di seluruh Malaysia.

Advertisement
Bazar ramadanSumber : Gambar sekadar hiasan  

Pengarah MYSaveFood Ramadan 2026, Ainul A’syara Kamal berkata sebanyak 56,848 kilogram makanan dengan nilai dianggarkan RM720,025 berjaya dikutip sepanjang tempoh tersebut.

Data tersebut diperoleh melalui pengumpulan maklumat harian yang dilakukan oleh pasukan sukarelawan daripada Pemuda Gema Malaysia.

Bazar ramadanSumber : Gambar sekadar hiasan  

Antara makanan yang paling banyak tidak habis dijual di bazar Ramadan ialah minuman, kuih-muih, nasi berlauk, nasi atau mi goreng dan lauk pauk

Lebihan makanan berkenaan kemudian diselamatkan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan bagi mengelakkan pembaziran.

Fenomena lebihan makanan di bazar Ramadan bukan perkara baharu dan sering berlaku setiap tahun, namun inisiatif penyelamatan makanan oleh MYSaveFood dan Pemuda Gema Malaysia membantu memastikan makanan tersebut dapat dimanfaatkan semula serta mengurangkan pembaziran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-12 11:46:11

AJK Masjid TNB Mohon Maaf Isu Pintu Berkunci Jam 2 Pagi, Pengurusan Setuju Buka Semua Pintu 24 Jam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...