Minuman Bergula : Kerajaan Cadang Untuk Kenakan Cukai

Trending

Minuman Bergula : Kerajaan Cadang Untuk Kenakan Cukai

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di negara ini, lapor Bernama.

Advertisement

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, cadangan berkenaan merupakan satu strategi yang dikenal pasti untuk mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

“Walau bagaimanapun, cadangan cukai ini adalah tertakluk kepada persetujuan pihak Kementerian Kewangan,” katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai gula seperti yang dilaksanakan di Britain, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara, di sini hari ini.

Menurut Dr Hilmi lagi, cadangan itu termasuk dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan ‘Policy Options’ bagi tahun 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...