“Minuman 3-In-1 Berbahaya, Boleh Menyumbatkan Saluran Arteri Darah” – Prof

Trending

“Minuman 3-In-1 Berbahaya, Boleh Menyumbatkan Saluran Arteri Darah” – Prof

Di fikiran pengguna, produk 3-in-1 adalah memudahkan. Lebih-lebih lagi dijadikan sebagai benda yang wajib ada di setiap pejabat. Dengan lambakan pelbagai jenis 3-in-1 membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa.

Advertisement

Namun, apakah benar informasi yang ternyata di bungkusan produk 3-in-1 ini benar-benar mengikut sukatan yang betul atau berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3-in-1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof Shariza lagi, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...