“Minum Susu Kuda, Jalan Atas Paku” – Dah Bertunang Dengan Gadis Kazakhstan, Fadlan Hazim Kena Lalui Ujian Kejantanan Dulu!

Hiburan

“Minum Susu Kuda, Jalan Atas Paku” – Dah Bertunang Dengan Gadis Kazakhstan, Fadlan Hazim Kena Lalui Ujian Kejantanan Dulu!

Pelakon kacak, Fadlan Hazim memaklumkan bahawa dirinya sudah bergelar tunangan orang kepada seorang wanita yang berasal dari Kazakhstan.

Fadlan dan tunang, Aiya Mukhamedsalova telah selamat bertunang pada 1 Oktober tahun lalu di negara kelahiran wanita itu.

Advertisement

Maklum aktor itu lagi, dia hanya bersendirian ke negara tunangnya itu di samping sempat mempelajari bahasa Rusia kerana keluarga Aiya tidak pandai berbahasa Inggeris.

Malah, Fadlan juga dikehendaki untuk melakukan ujian kejantanan jika ingin berkahwin dengan tunang tersayang.

Mereka bawa saya daki gunung tanpa baju sejuk sedangkan suhu pada ketika itu 4 ke 5 darjah celcius. Saya juga kena tunggang kuda depan keluarganya.

Antara ujian lain, saya kena jalan atas papan yang ada paku kecil-kecil dan minum susu kuda yang agak pahit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiya Mukhamedsalova (@aiyatth)

Ujarnya, dia tidak tahu bahawa ‘aktiviti’ tersebut adalah satu ujian kejantanan dan hanya dimaklumkan setelah Aiya memberitahu bahawa dia telah lulus semua ujian.

Sekadar info, Aiya berusia 29 tahun dan telah pun menetap di Malaysia lebih kurang 10 tahun setelah meneruskan kerjayanya sebagai ‘software engineer’ di sini.

Watie naik kuda shuib dikecam
2 years ago

"Bergegar-Gegar 'Pelam'.." - Aksi Bakal Isteri Shuib Naik Kuda Tepi Pantai Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...