Minum MILO anda jadi sihat dan kuat!!! Abang Nara sampai sekarang masih teringat iklan MILO yang pernah ditayangkan masa kecil dahulu. Nostalgia sungguh. Makin kuat nostalgianya apabila wife Abang Nara sediakan air MILO panas untuk sarapan. Memang lazat.
Selaku penggemar MILO, Abang Nara rasa teruja untuk menyertai MILO Breakfast Movement yang Abang Nara ketahui menerusi laman web MILO ini. Apa itu MILO Breakfast Movement? Seperti yang kita ketahui, setiap orang mempunyai matlamat berbeza apabila bangun pagi. Ada yang nak pergi kerja, ada yang nak jaga anak dan kalau Abang Nara, mestilah bangun pagi untuk update blog.
Dan setiap tujuan ini menggunakan tenaga yang banyak untuk direalisasikan. Jadi MILO Breakfast Movement ini diadakan untuk memberikan akan tenaga ekstra di dalam proses tersebut. Senang cerita, MILO mahukan kita semua mulakan hari dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Setakat hari ini, sudah lebih 100,000 orang yang telah menyertai MILO Breakfast Movement ini. Abang Nara pun dah join dah. Peraduan ini telah pun ditutup dan sangat membanggakan kerana angka yang diinginkan telah pun tercapai. Bangga Abang Nara dengan rakyat Malaysia.
Menarik juga baca apa yang rakyat Malaysia mahu lakukan setiap pagi selepas mengambil sarapan. Ada yang nak pergi gim, nak lebih semangat pergi kerja dan nak segar bugar ketika memandu. Macam-macam ada. Kesemuanya mungkin dengan hanya segelas MILO.
Peraduan ini sudah pun tamat dan sekarang adalah waktu untuk mengundi. Kalau nak mengundi boleh pergi ke laman web MILO ini. Pilihlah yang paling menarik di hati anda. Ada banyak yang kreatif-kreatif. Banyak yang buat Abang Nara tergelak.
Untuk makluman, pada 19 Mei ini, MILO akan menganjurkan MILO Breakfast Day di Universiti Putra Malaysia.. Abang Nara akan join untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti ini. Banyak permainan, persembahan dan paling penting, sarapan pagi akan disediakan. Korang pun jomlah join. Dengar cerita puluh ribu orang jugak yang akan join. Confirm meriah punya.
Jangan lupa untuk bersarapan pagi bersama MILO setiap hari. Jumpa anda 19 Mei bermula jam 7 pagi nanti di UPM. Yang penting, layari laman web MILO untuk bersama-sama menyertai MILO Breakfast Movement bersama-sama 100,000 rakyat Malaysia yang lain.
DISCLAIMER: Artikel ini telah dibayar oleh pihak MILO untuk diterbitkan di sini.