Penyampai radio, Fizi Ali menerusi ruangan Instagramnya ada berkongsikan pengalaman hidup susah pada suatu ketika dahulu bersama rakan baiknya, pelakon Jay Iswazir.
View this post on Instagram
Menurut Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin ini lagi, Iswazir merupakan teman yang paling disayanginya kerana sentiasa ada di sisi di kala susah dan senang.
Ujar Fizi lagi, mereka berdua pernah diduga dalam kehidupan apabila hanya mempunyai RM10 sebagai bekalan untuk bertahan sehingga hujung bulan.
View this post on Instagram
“Ni kawan abam (abang) yang dulu sama-sama susah, sama-sama senang. Pernah dulu nak lepak duit ada RM10 ja sampai hujung bulan. Jadi makan la roti canai, minum air kosong bergelas-gelas. Banyak la kenangan abam dengan mat parut di muka tapi baik hatinya.”
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini turut mempromosikan perniagaan terkini Iswazir yang kini mengusahakan sabun cuci pinggan.
View this post on Instagram
Dia juga turut berharap agar peminat di luar sana tampil memberi sokongan terhadap produk yang dijual bekas peserta Pilih Kasih musim kedua itu.