Minum Air Detoks Lemon : 3 Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan

Trending

Minum Air Detoks Lemon : 3 Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan

Screen Shot 2016-04-12 at 9.44.35 PM

Air Detoks Lemon tidak asing lagi bagi penggemar diet yang menjadikan minuman itu utnuk membuang toksin yang juga salah satu cara menurunkan berat badan.
Mungkin kerana senang untuk dihasilkan, air ini menjadi pilihan dan boleh dilihat dimana-mana sahaja seperti di pejabat, rumah dan juga tempat rekreasi.

Advertisement

Namun, jika diambil secara berlebihan, air ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.

Jika anda sudah merasai tiga kesan ini, dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan air ini.
1. Hakisan gigi

Antara bahan yang digunakan untuk minuman detok lemon sudah tentunya lemon dan apa yang merbahaya adalah mengambilnya secara berlebihan dan kerap boleh menyebabkan gigi diselaputi asid.

Ia boleh menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Sebagai pelindungan gigi anda, boleh gunakan straw ketika minum minuman berasid.

2. Pedih ulu hati

Meminum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati dan ia boleh menjadi lebih serius jika anda telah mengalaminya sebelum ini.

Jika anda sudah merasai kesan ini, dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid.

3. Kerap buang air dan dehidrasi

Buah lemon kaya dengan vitamin C yang mana satu makanan yang bagus untuk dimakan. Namun jika diambil secara berlebihan, nutrien yang bersifat diuretik ini boleh meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Ini bermakna anda boleh mengalami dehidrasi jika mengambil air detoks secara berlebihan. Jadi jika anda mengalami tanda-tanda seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk, segera kurangkan pengambilan air lemon.

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.

Sumber : sinarharian.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...