Minta Tudung Yang Tak Pakai Dari Adik Beradik, Isteri Rody Kristal Kini Berhijab, – “Tak Baik Membazir!”

Hiburan

Minta Tudung Yang Tak Pakai Dari Adik Beradik, Isteri Rody Kristal Kini Berhijab, – “Tak Baik Membazir!”

Isteri kepada vokalis kumpulan Kristal Rody, Nur Izwani Azman berkata dia kini sedang berjinak-jinak untuk memakai tudung sepenuh masa.

Dalam pada itu, Izwani dilihat telah tampil berhijab sejak minggu lalu dan turut memberitahu bahawa dia enggan melakukan pembaziran dalam mencari identiti barunya itu.

Advertisement

Lebih mesra disapa sebagai Niena, dia kini hanya menggayakan tudung pemberian adik-beradiknya kerana masih dalam proses membiasakan diri dengan imej tersebut.

Hanya berniat untuk mengelakkan pembaziran, Niena berkata dia ingin mencari gaya yang sesuai sebelum membeli tudung sendiri.

“Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung..pertama sekali tanya dia orang sebab nak minta semua tudung yang dia orang tak guna. Kita elakkan pembaziran..sekarang tudung boleh tahan harganya, bila kita dapat cari identiti yang sesuai barulah kita shopping. Tak gitu Rody?”

Manakala bagi Rody pula, dia kini bersyukur apabila isterinya itu mula berhijrah dan kini tampil dengan penampilan yang baru.

Dia dilihat turut berdoa agar kesemua ahli keluarganya dilindungi Ilahi dari segala perkara yang membawa mudarat dan keburukan.Sekadar info, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin telah mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan pemain bola Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...