Pempengaruh media sosial, Jasmin Sopeah, merayu kepada orang ramai agar tidak lagi menyebarkan video berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas suaminya, Fakha, selepas klip tersebut tular baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Jasmin meminta warganet supaya berhenti membincangkan isu tersebut demi memberikan ruang buat dirinya dan anak mereka menjalani kehidupan seperti biasa tanpa tekanan berpanjangan.
Assalamualaikum semua warga thread, min tak tahu nak mula dari mana. Min mintak jasa baik semua untuk menghentikan semua ni sebab dah sampai masa untuk kita stop hype-kan yang di sana.
Sebab min pun dah buat report polis. Apapun, terima kasih semua yang mendoakan kebahagiaan min dan anak.
Jasmin turut memaklumkan bahawa pemilik asal akaun yang memuat naik video tersebut telah bersetuju untuk menurunkannya dalam masa terdekat.
@mfkha_
Alhamdulillah, owner-nya akan takedown. Terima kasih semuanya.
Terdahulu, sebuah akaun dipercayai milik bekas teman wanita Fakha memuat naik rakaman video yang disifatkan sebagai tidak senonoh dan mencemarkan imej individu terlibat, menerusi platform Telegram.
Untuk rekod, Jasmin dan Fakha telah berkahwin pada Mei 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Faleeq. Namun, pasangan ini disahkan bercerai pada tahun 2024.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.