Minta Suap Makanan, Anak Fendy Caliph Buskers Mesra Dengan Datuk Seri Rina Harun

Hiburan

Minta Suap Makanan, Anak Fendy Caliph Buskers Mesra Dengan Datuk Seri Rina Harun

Semalam,  tular di media sosial mengenai kisah salah seorang anggota kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun yang kini mengalami kesulitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak pandemik COVID-19 yanng melanda negara.

Sehubungan dengan itu, ianya telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang tampil menyantuni Fendy dan keluarga di rumah untuk memberi bantuan sewajarnya.

Advertisement

4 years ago

Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua, Azmi Caliph Busker 'Terdiam' Bila Isteri Ungkit Hal Anak

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah sifat ramah yang ditonjolkan YB Rina di mana dia dilihat menyuap makanan secara sentuh terus kepada anak perempuan Fendy iaitu Nur Azalea Zafirah,6, yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa.

Tindakan tersebut ternyata telah menimbulkan pertikaian di mana YB Rina didakwa tidak menjaga SOP di kala pandemik kini.

Enggan menyulitkan keadaan, Fendy kemudian tampil memberi penjelasan dan berharap orang ramai agar memahami situasi anaknya yang menghadapi masalah autisme dan cacat penglihatan.

Terdahulu, pemain dram kumpulan Caliph Busker ini turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad di kediamannya secara berasingan.

Ujar Fendy lagi, anak kesayangannya itu sentiasa mahu segala kemahuannya dituruti jika dia berasa selesa dengan individu yang ditemuinya.

“Sekiranya apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk tapi dalam keadaan yang terkawal..” jelas Fendy lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...