“Minta Penyata Baki Simpanan Terkini Ibu Bapa Mohon Sumbangan Awam Rawatan Anak Di Media Sosial”

Trending

“Minta Penyata Baki Simpanan Terkini Ibu Bapa Mohon Sumbangan  Awam Rawatan Anak Di Media Sosial”

Pada zaman media sosial, kerap kali kita terserempak status ibu bapa yang memohon orang ramai memberi sumbangan untuk rawatan anak mereka yang menghidap penyakit serius. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap murah hati dan biasanya dana ini akan dapat dikumpulkan, dan ada kalanya melebihi jumlah yang diperlukan. Apa yang diperbuat oleh ibu bapa dengan lebihan sumbangan ini?

danaviralSeorang pengguna Facebook, Sayuti Wan Chik, mendedahkan yang dia merasa skeptikal dengan kes permohonan sumbangan dana awam oleh ibu bapa untuk rawatan anak di media sosial, kerana pengalamannya sebelum ini. Ini kerana ada ibu bapa yang menggunakan dana lebihan dari sumbangan orang awam untuk pergi bercuti. Inilah tulisan beliau:

Advertisement

Maaf. Kadangkala terpaksa skeptikal dengan kes yang viral di Facebook, bukan mahu buruk sangka.

Tahu kenapa?

1. Kes yang dah tentu nak ke IJN – tak boleh rayu (pledge) dana awam.
2. Posting dah viral beribu, belasan ribu bahkan puluhan ribu ‘like’ dan ‘share’ daripada ‘page’, individu yang punya ribuan follower/fans – tak kurang daripada RM 30,000- RM 60,000 masuk dalam akaun mak ayah. (Pengalaman sendiri dan beberapa kes yang telah dikenalpasti sebelum ini)
3. Dah ada duit banyak hasil daripada nombor dua (2) di atas tapi masih nak minta NGO pulak tolong bantu sediakan tempat tinggal?

Duit ‘public’ bagi tu untuk apa?

Beli perabot?

Kereta baru?

Membeli belah?

Percutian?

Duit banyak itu kau nak duduk di Hotel Putra depan IJN tu sebulan ambik bilik paling mahal pun tak luak nah.

Ibu bapa jangan tamak boleh?

Allah dah uji anak kita tak sihat satu hal, dia uji pulak kita dengan wang ringgit untuk apa?

Untuk kita gunakan amanah yang orang bagi itu untuk anak kita. Kalau anak dah ‘tak ada’ kita guna dana tu bantu orang lain pulak bukan enjoy laki bini pergi bercuti. Insya-Allah rezeki kita akan lebih banyak lepas tu (ini juga pengalaman sendiri).

Jangan kata itu hak kita, itu hak anak kita yang Allah bagi peluang untuk kita cari pahala dengan bantu orang lain pulak. Kalau kita tamak, kau tengok lah nanti habis duit tu nanti silap-silap kau jadi lebih miskin dari sebelumnya.

Dah tu, bising apa di sini?

Sebab Abi kesian kat hampa semua yang ikhlas tolong bagi dana tapi ada ramai manusia yang tamak diluar sana. Duit yang sepatutnya anda bantu orang lain yang lebih memerlukan tapi dah termasuk akaun manusia yang tamak dengan harta dunia.

Minta maaf, kes yang viral di Facebook memang Abi tak dapat bantu dek kerana ada sikap manusia begini. Kami akan semak habis-habisan terutama kalau kau petik nama IJN.

Kesian orang ramai dah ikhlas tolong ringankan beban kita tapi kita tak jujur menguruskan dana ni.

Tolong sat, tolong sebarkan maklumat ini bagi ramai orang cakna isu ni.

Mudah saja nak tau, sebelum kau bank in duit / transfer kau mintak diorang tunjukkan statement terkini akaun tersebut. Kalau jujur orang akan tunjuk. Tapi kalau nak menipu…mampuih sampai sudah tak berani tunjuk. Tetiba eh dana dah cukup….tak percaya? Try la buat :)(Ini juga pengalaman sendiri)

Jazakallahu khairan kathira buat semua yang bantu Abi dan Sahabat Uwais sejak dulu, kini dan insyaAllah selepas ini.

Abi Iman Furqan Uwais

Ada rasa untuk emosi

Mungkin sepatutnya ada satu badan bukan kerajaan yang menguruskan dana awam bagi membantu ibu bapa yang memerlukan bantuan kos rawatan. Ini untuk memastikan dana yang diberi kepada ibu bapa cukup untuk kos rawatan sahaja dan bukan untuk kepentingan peribadi ibu bapa.

Dana lebihan boleh digunakan untuk membantu individu seterusnya yang memerlukan bantuan. Apa kata anda?

Sumber: Sayuti Wan Chik -amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...