Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah mendirikan rumah tangga, kita pasti mahukan yang terbaik buat pasangan serta sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan mereka.
Menyesal derma organ
Namun begitu, seorang lelaki bernama Dr. Richard Batista meluahkan rasa menyesal menderma organnya kepada isteri melalui pembedahan yang dilakukan pada tahun 2011.
Rasa menyesal itu timbul selepas Richard dan isteri, Danwell kini dalam proses untuk bercerai.
Tuntut kembalikan organ
Hal yang mengejutkan apabila lelaki terbabit tuntut agar si isteri untuk kembalikan organ yang pernah diderma iaitu satu buah pinggangnya.
Bahkan meminta pampasan sebanyak €1.2 juta (RM7.25 juta) jika wanita berkenaan gagal memulangkan organ itu semula.
Richard membuat permintaan tidak masuk akal seperti itu kerana mendakwa isteri telah bermain kayu tiga dibelakangnya.
Mahkamah tolak permintaan
Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas menolak permintaan terbabit kerana dianggap terlalu tidak masuk akal.
Malah, pakar turut menyuarakan ia sememangnya melanggar etika kedoktoran meskipun hal itu tidak mustahil untuk dilakukan.