Minta Padam Foto Dan Video Kemalangan Ngeri, PU Amin Titip Kata Semangat Buat Syafiq Ahmad

Hiburan

Minta Padam Foto Dan Video Kemalangan Ngeri,  PU Amin Titip Kata Semangat Buat Syafiq Ahmad

“Anak syurga ini akan menanti kalian di sana..”, begitulah pesanan serta kata semangat yang dititipkan oleh PU Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan anak bongsunya yang berusia 22 bulan dan juga ibu mertuanya.

Menurut PU Amin, dia berharap agar Syafiq sentiasa tabah dan cekal dengan ujian yang menimpa dirinya dan ahli keluarga. Dia juga memberitahu bahawa tidak sanggup untuk melihat video dan foto yang kini tular di media sosial mengenai kemalangan itu.

Advertisement

“Buat Syafiq Ahmad, terus tabah dan kuat dengan ujian ini. Insya Allah, awak akan bertemu anakanda kesayangan di syurga Allah nanti. Anak syurga ini akan menanti kalian di sana. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran pada awak sekeluarga.”

PU Amin dalam pada itu sempat menyampaikan nasihat kepada mereka di luar sana agar berhenti menyebarkan gambar yang menyayat hati berkenaan insiden itu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa ketika ini.


Sekadar info, Syafiq dan keluarga dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kedah sebelum keretanya jenis Toyota Vellfire hilang kawalan  dan turut menyebabkan anak sulung dan isteri cedera parah.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat ahli keluarga yang terselamat dan diharap Syafiq Ahmad sentiasa tabah menghadapi dugaan yang berat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...