“Minta Maaf Sajalah, Jangan Ego”, Chef Wan Tempelak Dua juri MasterChef UK

Trending

“Minta Maaf Sajalah, Jangan Ego”, Chef Wan Tempelak Dua juri MasterChef UK

Chef terkenal, Datuk Chef Wan menyarankan agar dua juri rancangan masakan, MasterChef UK, John Torode dan Gregg Wallace tidak ego dan meminta maaf kepada peserta rancangan itu, Zaleha Kadir Olpin, atas kesilapan mereka memberi penilaian ke atas rendang ayam yang dimasak Zaleha.

Memetik kemaskini di akaun Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memaklumkan, beliau telah dihubungi saluran BBC Worldyang meminta pendapatnya berhubung isu berkenaan.

Advertisement

“Jelas, dua badut ini memang tidak tahu apa-apa tentang penyediaan juadah Malaysia.”

“Saya beritahu mereka, bukan semua juri tahu selok belok semua jenis juadah di dunia.”

“Sudah buat salah, minta maaf sajalah. Jumpa Puan Zaleha dan minta maaf kerana memberi penilaian yang tidak tepat berhubung juadahnya,” tulis Chef Wan

 

Ala hai BBC World just called me for an interview as they are also covering the story online. They have been following my instigram apparently. So i went to just tell the truth! Buat salah minta maaf aja la. Not all chefs are expected to know everything but dont come up with such criticism with regards to origin of the Rendang and Namaste lagi. If anything we understand alot of our food history them them lagi. Jika bodoh pun i told BBC tadi dont be Sombong kan! Kasi kan..baru kena buku dgn ruas. All they both need now is to appologise to Puan Zaleha for their incorrectly comment and criticism yg memalu kan beliau. Its so obvious that they have judged those dishes from a western perspective pun. The whole thing is culturally insensitive and insulting pun.? I also told BBC just now any professional trained and experienced chef will go back to the fundamental skills of each culinary arts and tecniques of food preparation and what to be expected off. If u roast a meat for e.g, grill, steam, braised or stew them naturally they will all produced diff results. Regardless of the French/ western tecniques of cooking Asian cusine also has similar rules! Obviously this 2 clowns knows little about preparation of this 2 signature dishes of Malaysia anyway.? John Torode should stop his crazy idea by butchering other Asian cusines on his show by giving the rest of the world this wrong impression of using all sorts of Asian ingredients in his food if he does not know how to do it right. By doing so he will ruin all this dishes and give other people the wrong impression. Can u just stick to your fish and chips Johnny? @johntorodecooks

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Beliau juga mengkritik tindakan Torode yang tidak segan silu bersikap sarkastik berhubung reaksi rakyat Malaysia terhadap komennya.

Sikap itu ditunjukkan Torode menerusi satu tweet yang dimuat naik pada Isnin.

“Saya tak boleh terima sikap begini. Sebagai seorang chef yang pernah melawat Malaysia dan melihat bagaimana rendang dibuat, saya terkejut dia tidak faham mengapa kita semua mengkritiknya.”

“Anda bukan sahaja tidak sensitif, malah sikap ini satu penghinaan!” tulis Chef Wan dalam satu status berbeza.

Chef Wan bukan satu-satunya personaliti yang bersuara berhubung isu ini. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman antara yang turut mengikuti perkembangan ini.

“Terasa geli hati apabila orang asing cuba untuk mengajar rakyat Malaysia tentang makanan tradisional mereka sendiri.”

“Tahniah Puan Zaleha, anda berjaya menyatukan apa yang ahli politik gagal lakukan, iaitu menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan parti politik,” tulis beliau dalam status di akaun Facebook rasminya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...