Gimik ‘pergaduhan’ antara dua penyanyi iaitu Sheeda Dangdut dan Ifa Raziah minggu lalu mencetuskan kekecohan. Ramai netizen yang merasa tertipu dengan lakonan mereka berdua apatah lagi Ifa memperdaya wartawan dengan mengatakan dia sudah membuat laporan polis kerana disentuh Sheeda.
Pelbagai kecaman yang diterima oleh kedua-dua artis ini, antaranya ialah artis sendu yang sengaja ingin mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku. Memang bengang habis netizen dibuatnya.
Ekoran itu, Sheeda telah tampil memohon maaf kepada netizen dan menafikan sengaja ingin meraih perhatin ataupun meningkatkan lagi jumlah pengikut mereka di laman sosial.
Saya dan Ifa, kami sudah setahun tidak bertegur sapa. Tetapi, suami saya berusaha mendamaikan kami. Jadi, kami bermaafan ketika bertemu di majlis ramah mesra dan minum petang di Istana Negara pada 11 Julai lalu. ngin dijelaskan juga, video itu tidak saya rakam untuk tujuan promosi drama bagi slot utama TV.
Begitu juga, atas tujuan menambah pengikut saya di laman sosial. Saya tidak kejar itu semua. Saya minta maaf pada semua netizen dan akan pastikan tidak memuat naik video seperti itu lagi.
Sheeda berharap segala spekulasi yang timbul ataupun kritikan yang dilemparkan kepada dirinya akan berakhir. Sebab itu, lebih baik untuk fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu di media sosial, bila orang rasa tertipu tentu sekali mereka akan merasa marah bukan? Isu ini juga harapnya dapat memberikan pengajaran kepada artis lain yang gimik itu bukanlah cara mudah untuk kembali popular.