Pelakon Fasha Sandha hari ini telah mencetuskan kontoversi gara-gara video memaparkan dia berpeluk dengan suami, pelakon Aidil Aziz dalam tab mandi di Instagram.
Gara-gara video itu, Fasha dikecam hebat netizen yang merasakan video itu keterlaluan meskipun status mereka berdua dalam video tersebut adalah pasangan suami isteri.
Dalam hantaran memo yang dibuat di Instagram itu, Fasha memaklumkan bahawa dia hanya menjalankan tugas dan komitmen serta hanyalah seorang individu yang makan gaji.
Kalian yang memuji, terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos, saya masih kuli.
Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami.
Dalam pada itu, Fasha juga meluahkan rasa syukur di atas keharmonian rumah tangganya bersama Aidil yang kini sudah menjengah usia 6 tahun.
Doakan yang baik-baik, semoga yang baik-baik juga jadi kepada kalian. Saya sayang anda, pencinta atau pembenci, saya masih sayangkan anda.
Pelakon versatil ini juga menganggap setiap teguran yang dilontarkan terhadapnya adalah satu tanda bahawa masih ada orang yang mengambil tahu dan mengambil berat.
“Orang tegur, kecam, puji, bermakna orang masih ambil tahu dan sayang. Dalam dunia ini, perlu ada orang tegur dan kecam juga untuk menjadikan kita manusia yang baik” tulisnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.