Melalui platform X, baru-baru ini, tular video memaparkan temubual bersama pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang telah tewas di tangan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun.
Sebak kalah dengan Korea Selatan
Dapat dilihat, selepas tewas dalam pertarungan tersebut, Jin Wei menahan sebak selepas keluar dari gelanggang di Porte de La Chapella Arena.
Jin Wei was so distraught and I was too emotional to stop her for a post match Interview.
I will let her calm down, and will update once I get to speak to her. #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/D65eEKJKfg
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 31, 2024
Sewaktu ditemubual oleh wartawan Astro Arena, pemain badminton tersebut masih dalam keadaan sedih dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak berjaya mara perlawanan yang seterusnya selepas tewas di tangan Korea Selatan.
Saya tidak mahu beri sebarang alasan kerana apa yang berlaku disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya akan lihat semula rakaman perlawanan hari ini dan tengok apa lagi yang kurang untuk saya perbaiki.
Tak perlu minta maaf
Bagaimanapun, bekas juara remaja itu memberitahu kekalahan ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk teruskan kerjaya sebagai pemain badminton profesional.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh Jin Wei dan tidak mahu dia memohon maaf kerana sudah lakukan yang terbaik untuk negara.