Pensohor media sosial, Imran Bard tampil memberikan kenyataan balas terhadap pelakon Ellie Suriaty yang meminta ibu bapanya untuk membuat permohonan maaf kepada pelakon itu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Imran yang kini berada di kampung halaman memaklumkan bahawa dia tidak dapat memenuhi permintaan Ellie kerana ibunya berada di hospital.
Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran Bard minta maaf. Sampai melibatkan ibu bapa.
Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil. Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf mak cik.
Dia dalam pada itu turut tidak menyangka bahawa ‘content’ yang dilakukannya itu akan menjadi satu isu yang besar.
@imeringue2 ? original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada mak cik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu.
Saya bukan mention nama mak cik je, saya ‘mention’ nama mak cik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya ‘adore’ saya masukkan ja lah dalam konten.
Bukan konten sensitif pun. Konten konon-konon jadi juri ja.
Sebelum ini, Ellie Suriaty atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar telah mengadakan satu sidang media bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Imran pada petang Khamis.
Ellie berpendapat bahawa kandungan tersebut telah merendahkan reputasinya yang telah dibina selama lebih tiga dekad dalam dunia seni.
Dalam pertemuan bersama media, Ellie turut menuntut agar ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya untuk memohon maaf atas tindakan pempengaruh tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.