“Minta Maaf Kurang Matang, Buat Orang Lain Kurang Senang” – Bella Astillah Nafi ‘Insecure’, Peluang Kedua Bukti Percaya Suami

Hiburan

“Minta Maaf Kurang Matang, Buat Orang Lain Kurang Senang” – Bella Astillah Nafi ‘Insecure’, Peluang Kedua Bukti Percaya Suami

Melalui sesi temubual bersama pihak mStar, pelakon serta penyanyi, Bella Astillah menyangkal dakwaan orang ramai mengenai dirinya ‘insecure’ selepas kelihatan tidak mempercayai suami, Aliff Aziz yang pernah terlibat dengan kontroversi ‘panas’ sebelum ini.

Kata Bella, dia kini lebih matang dan hanya mahukan yang terbaik buat keluarga kecil mereka.

Advertisement

Saya dah tak ada rasa insecure sebab sudah lebih dewasa. Kalau tiada kepercayaan, saya sudah tidak ada dengan Aliff. Saya percaya dia sebab itu bagi peluang kedua.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut turut memohon maaf kepada semua pihak mengenai tindakannya mengeluarkan kenyataan mengenai pelakon, Sophia Al-Barakbah hadir ke All Stars Gegar Vaganza (AGSV), baru-baru ini.

Saya nak minta maaf kalau hantaran Bella sebelum ini buat orang lain kurang senang, anggap saya kurang matang.

Sebelum ini, kemunculan Sophia Al-Barakbah di AGSV telah mencuri perhatian ramai memandangkan salah seorang peserta program tersebut adalah Aliff Aziz.

Susulan itu, Bella membuat kenyataan bahawa Sophia menipu apabila berkata dirinya hadir untuk sokong sepupu, Aishah Retno dan menyelar suami kerana seolah-olah tidak menjaga perasaan isteri.

bella astillah
1 year ago

"Kenapa Nak Jaga Hati Pihak Sana? Jaga Hati Isteri Kan Lebih Penting" - Bella Astillah Sindir Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...