Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Minta Maaf Jika Komen Terlalu Diva Atau Negatif, First Day PMS – Farah Nabilah

Diberikan tanggungjawab sebagai juri jemputan untuk program Bintang Bersama Bintang Ahad lalu, pelakon baharu Farah Nabilah dikecam netizen yang menganggap beliau tidak layak untuk memberikan komen kerana masih hijau dalam industri hiburan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan Farah bersikap terlalu berlagak dan “diva” serta dikatakan membuat mimik muka sombong setiap kali beliau memberi komen kepada peserta pertandingan lawak tersebut.

Menerima pelbagai kritikan, Farah menerusi akaun Twitternya memohon maaf kepada semua pihak dan menjelaskan beliau memberi komen secara ikhlas. Terpulanglah kepada netizen jika mereka mahu terima ataupun tidak. Farah juga akui mood beliau tidak stabil kerana ia merupakan hari pertama beliau datang bulan.

Sudah pun menutup ruangan komen di akaun Instagramnya, Farah memberitahu beliau  bukan takut dikecam tetapi tidak mahu netizen terus berbalah dan berbuat dosa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 Comments

  1. em

    February 1, 2018 at 8:52 am

    bangang & tak profesional

  2. Tempoyak

    February 1, 2018 at 8:51 am

    Yang paling teman tak syok dengo…boleh die cakap lagu tak sesuai le , tak ponah dengo le….aishhhh dh memangla…mike tu lahir tahun bile…itu lagu legend & popular satu masa dulu…tak tahu jgn cakap, mase die komen Abam & Ropi….depa dh buat sehabis baik….so, TV3 lain kali kalu nk ambik para2x pengomen tu agak2x la..aram tahu pun pasal lawak2x ni….boleh buat org marah….okay Byee…..

  3. ohyeah..

    January 31, 2018 at 6:58 pm

    komen2 farah bukan diva ( perasan ke apa?) atau negatif tetapi mcm org tak cukup ilmu. alasan first day PMS , mood ko tak bagus? zaman skg alasan gitu org gelak guling2…

  4. Sya

    January 31, 2018 at 5:11 pm

    Amekla jep sepahtu ke shuib ke jdi juri, klau nk juri yg muda2 sgt…. Sbab ni lawak bukan nyanyian.. apelah manusia, fikirla elok2.. rmai lgi kot pelawak kt malaysia ni.. jgn tnjuk sgt lagak mcm rse dh lame dlm dnia lawak.

  5. seroja

    January 31, 2018 at 10:55 am

    Halau dia tokk?!!!!!

Loading...
To Top