Diberikan tanggungjawab sebagai juri jemputan untuk program Bintang Bersama Bintang Ahad lalu, pelakon baharu Farah Nabilah dikecam netizen yang menganggap beliau tidak layak untuk memberikan komen kerana masih hijau dalam industri hiburan.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan Farah bersikap terlalu berlagak dan “diva” serta dikatakan membuat mimik muka sombong setiap kali beliau memberi komen kepada peserta pertandingan lawak tersebut.
Menerima pelbagai kritikan, Farah menerusi akaun Twitternya memohon maaf kepada semua pihak dan menjelaskan beliau memberi komen secara ikhlas. Terpulanglah kepada netizen jika mereka mahu terima ataupun tidak. Farah juga akui mood beliau tidak stabil kerana ia merupakan hari pertama beliau datang bulan.
Sudah pun menutup ruangan komen di akaun Instagramnya, Farah memberitahu beliau bukan takut dikecam tetapi tidak mahu netizen terus berbalah dan berbuat dosa.
Anonymous
February 2, 2018 at 6:34 pm
Sajat,Dato Alif menyanyi….walaupun xbagus tapi asyik cerita diaorg saja..kenapa?Dayang vokal mantap nyanyi A.Tapi xde cerita Dayang hari2..kenapa?Sbb benda bodoh senang tarik perhatian orang bodoh.
farrah
February 1, 2018 at 9:06 am
ok skarang satu malaysia tahu ko period bila tiap tiap bulan. perlu ke bende mcm ni nak bitaw kat twitter? mak aku pun tak tau bila aku period apatah lagi the public. keep certain things to yourself.
mak cute
February 1, 2018 at 8:59 am
bodoh banggang…PMS pun nk bagitau org ke…spesis sajat ni…