Minta Maaf Jika Komen Terlalu Diva Atau Negatif, First Day PMS – Farah Nabilah

Hiburan

Minta Maaf Jika Komen Terlalu Diva Atau Negatif, First Day PMS – Farah Nabilah

Diberikan tanggungjawab sebagai juri jemputan untuk program Bintang Bersama Bintang Ahad lalu, pelakon baharu Farah Nabilah dikecam netizen yang menganggap beliau tidak layak untuk memberikan komen kerana masih hijau dalam industri hiburan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan Farah bersikap terlalu berlagak dan “diva” serta dikatakan membuat mimik muka sombong setiap kali beliau memberi komen kepada peserta pertandingan lawak tersebut.

Menerima pelbagai kritikan, Farah menerusi akaun Twitternya memohon maaf kepada semua pihak dan menjelaskan beliau memberi komen secara ikhlas. Terpulanglah kepada netizen jika mereka mahu terima ataupun tidak. Farah juga akui mood beliau tidak stabil kerana ia merupakan hari pertama beliau datang bulan.

Sudah pun menutup ruangan komen di akaun Instagramnya, Farah memberitahu beliau  bukan takut dikecam tetapi tidak mahu netizen terus berbalah dan berbuat dosa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...