Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Minta Izin Isteri Beli Motor, Shuib Sepahtu Dituduh Dayus

Dalam berumah tangga, tidak salah untuk pasangan suami isteri saling hormat-menghormati, barulah perkahwinan itu kekal harmoni dan bahagia.

Namun, tindakan Shuib Sepahtu yang meminta izin isteri tercinta, Siti Sarah untuk membeli motosikal Yamaha Y15 berwarna kuning dikecam dan dilabel dayus oleh sesetengah netizen. Seorang lelaki adalah ketua keluarga dan menanggung dosa isteri, untuk apa pula hendak merendahkan diri mendapatkan kelulusan isteri?

Advertisement

Dihimpit dengan pelbagai komen negatif, Siti Sarah akhirnya tampil bersuara mengenai isu ini dan meluahkan rasa kesal suaminya dilabelkan dayus.

Kata Sarah, Shuib boleh sahaja membeli motosikal tersebut tanpa perlu meminta izinnya, tetapi kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang suami, Shuib memberitahunya perkara itu. Apa salahnya untuk berterus-terang dengan isteri sendiri?

Bagaimanapun, Sarah tidak menyimpan sebarang perasaan dendam dan berdoa supaya Allah ST mengampunkan dosa mereka yang sudah menyakiti hati suaminya itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Anonymous

    June 13, 2019 at 4:18 am

    Orang Malaysia ni datang bodoh dia, bodoh sungguh. Sukahati shuib lah nak minta izin. Dia respect isteri dia, dia dahulukan isteri dia. Apa salah nyeee. Takat minta kebenaran sikit pun dah kecut2 gelabah apasal.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top