“Minta Doakan Mak Saya” – Anak Cari Mak Hilang, Kini Sudah Masuk Hari Ke Lima

Trending

“Minta Doakan Mak Saya” – Anak Cari Mak Hilang, Kini Sudah Masuk Hari Ke Lima

Seorang anak kini dilaporkan sedang mencari ibunya yang hilang sejak lima hari yang lalu.

“Saya mohon doakan agar mak mentua saya, Che Som Ibrahim, 69, segera ditemui lebih-lebih lagi, hari ini sudah hari ke lima mak hilang”, luah Abdul Halem Samsuddin.

Halem berkata, dia dan isterinya, Masturah Abdullah, 31, yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik nekad berpindah dari Seremban ke Desa Permai Repah Mei tahun lalu bagi menjaga serta menemani mak mertuanya itu.

Advertisement

Menurutnya, mak mentuanya mengalami masalah kesihatan mental dan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Pagi Sabtu lalu, saya hairan mak tak buat air seperti biasa dan bertanyakan kepada isteri. Isteri kata mungkin mak mandi tapi bila diperiksa mak tiada”

“Biasanya mak kalau keluar akan pulang semula ke rumah, namun kali ini mak tidak pulang dan kami segera memaklumkan kepada adik beradik yang lain”

Halem berkata, pelbagai usaha telah dilakukan mereka sekeluarga bagi mengesan mak mentuanya itu termasuk memperluaskan kawasan pencarian di Tampin dan juga Seremban.

Menurut laporan Kosmo, mereka juga menerima banyak panggilan dan juga mesej di aplikasi sosial menyatakan ada ternampak mak mertuanya di kawasan Tampin, Seremban dan ada juga di Gemas.

Ujarnya, adik beradik isteri sudahpun pulang untuk mencari si ibu. Di Surau Desa Permai Repah juga telah dilaksanakan solat hajat dan selebihnya di rumah pada setiap hari.

“Malah hari ini ada seorang wanita yang sanggup turun padang mencari mak mentua saya dan menyatakan mak mentua berada di kawasan berhampiran sahaja”

Menurutnya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat boleh memaklumkannya segera kepadanya di talian 013-2729741 atau balai polis terdekat. 

Semoga wanita ini segera ditemukan dengan ahli keluarganya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...