Rossa Sera baru-baru ini mendedahkan bahawa dia dalam proses berbincang sama ada untuk berbaik semula atau pun tidak bersama suami, Shuk Sahar.
Menurut sumber, Sera turut mengakui bahawa terdapat perubahan yang lebih baik dalam hubungan Shuk bersama anak-anak.
Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu.”
Bercerita lebih lanjut, Sera tidak mempunyai sebarang komen tentang menerima semula Shuk sebaliknya menerangkan keputusan tersebut masih dalam perbincangan antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga.”
Dalam pada itu, Sera memberitahu ada mengirim doa kepada Shuk yang berada di Mekah untuk mendoakan yang terbaik bagi hubungan kekeluargaan mereka.
Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya.”
Sebelum ini, Sera pernah berkongsi Instagram Story bersama Shuk memperlihatkan dia bersama anak-anak menghantar pelawak itu ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.
Sekadar info, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyaih Asshaferah pernah menjelaskan rumah tangganya sudah bertemu titik noktah menerusi satu rancangan temu bual di sebuah stesen televisyen.