Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Minta Buat Caruman PERKESO, Ini Pesanan Nora Danish Buat Para ‘Rider’ Di Luar Sana

Tidak dinafikan, peranan golongan penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai ‘rider’ menjadi semakin mustahak malah telah dianggap sebagai petugas barisan hadapan di kala negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan serta gaya hidup norma baharu kini.

Berkorban banyak masa dan tenaga, pekerjaan sebagai rider memang cukup berisiko tinggi kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan di atas jalan raya.

Advertisement

Di kesempatan itu juga, Nora Danish meluahkan rasa keprihatinan di atas jasa-jasa penghantar makanan serta barang ini apabila dia telah terpanggil untuk memberi nasihat mengenai kepentingan mencarum dengan badan perlindungan keselamatan, PERKESO.

Nora dilihat telah memuat naik sebuah video pendek Khidmat Pesanan Masyarakat (PSA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menampilkan Beto Kusyairi sebagai pelakon dalam video tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“Kepada rider -rider yang gigih bekerja terutama time PKP ni, pagi petang siang malam untuk sara kehidupan, jangan lupa membuat caruman ok? Kami sayang anda. Dan anda harus sayangi keluarga anda”

Dalam entri itu, Nora turut berkongsi pengalaman mengambil barangan yang ditempah secara dalam talian dan meluahkan rasa simpati apabila melihatkan penghantar barang yang kusut masai menghadapi hari-hari sebagai seorang rider.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Dia turut bersimpati dengan nasib-nasib rider yang bersusah payah mencari rezeki tanpa mengira waktu serta cuaca dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Jutaan terima kasih kepada semua rider di Malaysia. Semoga terus cekal dan jaga diri ok. Keselamatan harus diutamakan.” – Nora Danish

SUMBER : Instagram Nora Danish
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top