Nak membeli sebuah rumah bukanlah perkara yang senang. Kalau tiada sumber kewangan yang benar-benar stabil, agak sukar untuk merealisasikan impian ini.
Pelbagai cara perkongsian di laman sosial dengan macam-macam teknik seperti simpanan ASB dan sebagainya untuk dijadikan panduan semua.
Namun tidak bagi seorang wanita di China ini yang mempunyai cara yang lebih pantas, efisyen dan licik.
Dikenali dengan nama Xiaoli, wanita dari Shenzhen, China itu akhirnya berjaya mengumpul 115,010 yuan(RM 71,000) dengan meminta kesemua 20 orang teman lelakinya membelikan sebuah iPhone 7 untuknya, satu setiap orang.
Kemudian dia menjual kesemua telefon itu melalui laman web Hui Shou Nao dan berjaya mengumpul 115,010 yuan. Wang itu digunakan oleh Xiaoli untuk membeli sebuah rumah di kawasan luar bandar.
Kisah Xiaoli itu didedahkan di sebuah forum blogging oleh pengguna bernama Proud Qiaoba yang berkata: “Semua orang di ofis sedang bercakap tentang perkara ini sekarang.
“Siapa tahu apa yang akan difikirkan oleh teman-teman lelaki wanita itu memandangkan ia sudah menjadi berita umum”.”, kata Qiaoba yang juga rakan sekerja Xiaoli.
Menurut Qiaoba lagi, Xiaoli bukanlah dari keluarga yang kaya dan ibunya seorang suri rumah manakala bapanya pula adalah pekerja asing.
“Ibu bapanya semakin tua dan dia mungkin dalam tekanan untuk membeli rumah untuk mereka… Tapi saya sangat tak percaya dia boleh gunakan teknik ini!“, kata Qiaoba yang turut menjelaskan Xiaoli merupakan anak sulung.
Wanita itu dikatakan menjual kesemua 20 buah iPhone 7 itu di website Hui Shou Bao dengan harga RM 3,500 setiap satu. Penjualan iPhone itu kemudian disahkan oleh Hui Shou Bao kepada portal berita BBC.
Kisah Xiaoli dikongsi secara meluas di laman media sosial China, Weibo yang menerima 13 juta komen yang dipenuhi dengan hashtag ’20 mobiles for a house’.
Sumber: Metro.co.uk