Pelakon kecil molek, NoorKhiriah mengakui dirinya terkadang buntu melayan permintaan peminat yang memohon bantuan dari segi kewangan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurutnya, dia tidak dapat membantu kesemuanya kerana dirinya sendiri tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Malah, ada yang menyuruh Noorkhiriah membayar sewa rumah mereka.
“Kalau ada pasti saya bantu. Tapi yang minta bayarkan rumah sewa saya tak dapat bantu. Terus – terang sebab saya pun tiada pendapatan tetap,”
Perkara tersebut telah diluahkan pelakon telemovie filem Nur ini di laman instagram miliknya.
Entri tersebut ternyata telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya terkesan dengan impak wabak pandemik COVID-19 ini. NoorKhiriah dan peminat yang mengikuti posting berkenaan juga turut mendoakan semoga mereka yang sedang dalam kesulitan akan dipermudahkan segala urusan.