“Minta Bantuan Seolah-Olah Saya Ni Menteri” – Iqbal Dedah Ada Individu Mohon Sumbangan Untuk Bayar Hutang

Trending

“Minta Bantuan Seolah-Olah Saya Ni Menteri” – Iqbal Dedah Ada Individu Mohon Sumbangan Untuk Bayar Hutang

Usahawan Iqbal Zulkefli memaklumkan telah menerima lebih 500 mesej daripada orang awam yang meminta sumbangan daripadanya.

Dia bagaimanapun kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tergamak mengambil kesempatan di atas niat baiknya dan memohon bantuan bersifat peribadi.

Advertisement

Terkejut sebab ada yang datang minta (sumbangan) laptop, nak minta iPad, minta telefon baru, suruh bayar hutang. Sedangkan saya dah maklumkan yang saya nak (bantu) adalah mereka yang kritikal seperti sakit terlantar.”

iqbal

Dia juga kesal kerana meskipun sudah menjelaskan beberapa kali tentang kriteria itu namun masih ada pihak yang meminta wang untuk perkara lain.

Kata usahawan berusia 29 tahun itu lagi, dia bukanlah terlalu kaya dan apabila sangat ramai memohon bantuan sehingga tidak terkawal, dia tidak mampu tampung semuanya.

Mereka minta bantuan macam seolah-olah saya ini menteri atau pun kerajaan yang besar.”

iqbal

Dalam pada itu, Iqbal juga berkata dia akan menggunakan popularitinya ke arah kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.

iqbal sheila
1 year ago

Terpukau Tengok Iqbal Sambung Bacaan Ayat Al-Quran, Netizen Kata - "Boleh Pimpin Inspektor Sheila"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...