Minimumkan Penggunaan Beg Pakaian Sewaktu Bercuti, Tak Perlu Dah Bawa “Satu Almari”

Trending

Minimumkan Penggunaan Beg Pakaian Sewaktu Bercuti, Tak Perlu Dah Bawa “Satu Almari”

Setiap kali nak merancang percutian, pasti nak mengagak barang apa yang perlu dibawa bersama. Ia bukan sahaja untuk memastikan segala kelengkapan cukup sehingga hari terakhir percutian. Dalam pada itu juga, anda akan meminta setiap seorang dari keluarga, sama ada anak, suami atau isteri, untuk membawa beg pakaian mereka sendiri.

Advertisement

Tetapi, jika terlalu banyak beg pakaian yang perlu dibawa, pasti memakan ruang yang banyak. Sama ada di dalam kereta, atau terpaksa mengeluarkan kos untuk beg pakaian di dalam penerbangan. Sedikit sebanyak membuatkan anda rungsing, bagaimana untuk mengurangkan penggunaan beg pakaian sebaik mungkin?

Mungkin terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menangani permasalahan ini?

Ya, anda boleh lakukan dengan cara yang dikongsikan oleh saudari ini, mengenai light packing. Jom kita lihat, bagaimana caranya.

TIPS LIGHT PACKING

Bagaimana nak pack satu beg untuk satu family (1 ayah, 1 ibu, 3 boys, 1 baby girl = 6 orang).
Ini beg hardcase 82L. Kalau backpack? Kitorang guna 65L & 20L.

Isi:-
* Baju 4 pasang :- 2 baju siang full, 1 convertible, 1 malam full
* Supplements incldg Perf Drink & ESP, shaker
* Sport shoes
* Peralatan solat (kat bilik senang pakai telekung)
* Water Pitcher (penapis air mudahalih)
* Toileteries
* Alatan mencuci
* Keperluan baby
* Adapter, extension, kabel
* Mini first aid kit
* Makanan emergency yg boleh selit
* Foldable bag

Satu beg ni untuk berapa lama?

Lagi lama lagi saya suka sebab sempat cuci. Kalau yang 3-4 hari tu yang aduhai.. Kena juga sehari satu pasang.

Pegi mana2 boleh apply ke?

*Depends. Kalau musim sejuk mau ada satu beg lagi untuk isi segala macam winter attire. 6 orang nih!

Makanan bawa tak?

Boleh selit2 kat celah2 ruang yang ada.

Extra bag kena bawa tak?

Better bawa. Kami selalu bawa foldable beg, tak guna boleh lipat dan selit.

Perlu ke light packing? Apa salahnya satu beg sorang atau 2 beg sorang?

Depends. Kitorang dgn one-lady-show tak koser nak kemas banyak2 beg. Lagipun banyak self-drive, bawa beg banyak2 nanti tak muat bonet pulak.

Mungkin tip yang dikongsikan tertakluk pada individu, jika anda rasakan anda boleh mengikut cara yang sama, sudah pasti ini akan banyak membantu anda. Kalau anda rasakan satu beg terlalu kecil, anda boleh sahaja menambah satu lagi beg tambahan.

Sumber : Lyna Noh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.