Minimum RM700 Untuk Penjawat Awam Pulau Pinang Sempena Raya

Trending

Minimum RM700 Untuk Penjawat Awam Pulau Pinang Sempena Raya

Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak tiga perempat (3/4) gaji atau minimum RM700 sempena Aidilfitri ini.

Advertisement

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian bantuan khas kewangan kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan jumlah RM7.95 juta.

“Ia sebagai menghargai sumbangan dan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam negeri serta mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bantuan khas kewangan itu turut diberikan kepada 1,486 penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), 192 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 166 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan 522 guru dan kakitangan Sekolah Persendirian Cina yang masing-masing akan menerima sebanyak RM300.

Selain itu katanya, seramai 215 guru Tahfiz, guru pondok dan guru Tadika Islam (TADIS) negeri itu akan menerima bayaran RM200.

Katanya, pemberian bantuan khas kewangan itu akan dibuat pada 24 Jun ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...