Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar perkembangan terkini Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers, Penyanyi tersebut semakin pulih selepas menjalani rawatan selama 3 bulan. Kalau tengok gambar pun memang badan Zamani semakin berisi. Nampak lebih sihat dan ceria. Berat badan Zamani telah naik 11 kilogram. Kalau dulu hanya 45 kilogram sahaja.
Hendak bebas daripada ketagihan dadah sepenuhnya bukanlah satu perkara mudah. Paling penting adalah keazaman dalam diri. Yang penting Zamani kini dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang. Kata Zamani:-
Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang…itu yang paling saya bersyukur.
Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)…dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini
Selain daripada rawatan pemulihan, orang yang paling rapat dengan hidup Zamani juga perlu sentiasa memantau orang-orang asing yang mahu menghampiri penyanyi ini. Iyerlah, pengedar dadah ini memang cekap. Masa terluang 5 minit pun sempat jual ‘barang’. Diharap Zamani sentiasa ditemani seseorang untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Apa pun tahniah buat Zamani yang kini semakin sihat. Harap-harap lepas ini dapat menyanyi dan buat konsert semula. Sumber Berita Harian.