Minah Salleh Cakap Loghat Utara Pekat!

Trending

Minah Salleh Cakap Loghat Utara Pekat!

Kebanyakkan orang luar yang menetap lama di Malaysia boleh bertutur dalam bahasa ibunda dan juga loghat mengikut negeri yang mereka tinggal. Kadangkala mereka kelihatan seperti lebih fasih apabila berbicara dalam loghat tersebut berbanding kita sendiri.

Jika di Terengganu siapa tak kenal dengan Mat Dan kan? Beliau mampu bertutur dalam loghat Terengganu dengan sangat fasih.

Advertisement

Terbaru, seorang lagi wanita, iaitu Rita Kalsom dari England yang fasih bertutur dalam dalam longhat Pulau Pinang.

Beliau menjadi terkenal selepas video yang menunjukkan Rita Kalsom bertutur dalam loghat Pulau Pinang tular sejak beberapa hari lalu.

Dipetik dari Harian Metro, ibunya Che Nu Buang 68, berasal dari kampung Perlis, Balik Pulau berkahwin dengan warganegara England serta dikurniakan tiga anak.

Bukan itu sahaja, apa yang menariknya beliau dan 2 lagi adik beradiknya juga mahir bertutur dan fasih dalam loghat utara.

Setiap kali saya pulang dari England ke Balik Pulau, banyak perkara yang mahu saya ceritakan kepada nenek tapi dia tidak tahu berbahasa Inggeris lalu saya tekad bagi belajar bahasa Melayu.

Malah, ketika berbual atau bertanyakan sesuatu dengan ibu dalam bahasa Inggeris, dia menjawab dalam bahasa Melayu dan daripada situ saya mempelajarinya.

Sejak video tersebut tular, kini ramai orang ingin mengenali beliau.

Saya gemar makanan tempatan seperti lemang, rendang, cendol dan nasi kandar malahan boleh memasak beberapa masakan tempatan seperti rendang daging dan ayam masak merah.

Saya juga lebih suka pulang ke Pulau Pinang pada musim durian kerana mahu menikmati keenakan raja buah itu.

Soal jodoh, Rita Kalsom juga tidak memilih. Jika dikurniakan orang tempatan ataupun sebaliknya.

Katanya, jika dengan orang tempatan dapatlah dia tinggal dekat dengan ibunya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...