Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mimpi Wanita Berjubah Putih Nama ‘A’ Mengaku Madu, Datin Red Terima Petanda Sebelum Suami Bernikah Senyap-Senyap

Datin dan Datuk Red

Isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mendedahkan dia pernah mendapat ‘alamat’ iaitu berupa mimpi aneh ketika suaminya berkahwin lagi di luar pengetahuannya pada tahun 2015 yang lalu.

Datin RedSumber : Instagram Datin Red  

Sebelum ini, Datuk Red telah bernikah kali kedua bersama penyanyi Adira secara sulit di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 yang lalu.

Advertisement

Sharifah Norshafila yang mesra disapa sebagai Datin Red itu berkata, meskipun perkahwinan itu dirahsiakan, naluri dan firasatnya sangat kuat pada ketika itu kerana mungkin membabitkan hal rumah tangganya.

Katanya lagi, dia didatangi wanita bertudung putih dan memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan turut mengakui bahawa dirinya merupakan isteri kedua suaminya itu.

Datin RedSumber : Instagram Datin Red  

“Benda ini saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua..tapi hari ini saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. selepas seminggu baru dia beritahu! Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand…saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya. Ini kisah benar tau, saya tak reka pun. betullah sixth sense seorang isteri!”

Datin Red telah berkongsikan perkara itu menerusi Instagram Storynya untuk tatapan peminat ketika menjawab persoalan netizen di ruangan Ask Me Question.

View this post on Instagram

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Advertisement

Dalam pada itu dia menjelaskan bahawa sudah reda dan menerima takdir hidup bermadu dan mempercayai apa yang berlaku kini pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Sekaddar info, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan bersama Norshafila. Adnan sebelum ini pernah bernikah kali pertama ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum bercerai lima tahun kemudian. Manakala perkahwinan bersama penyanyi Adira pula telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SUMBER : Instagram Datin Red
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. klml

    January 27, 2021 at 3:06 pm

    mungkin pelik,tp suami saya pernah ade skandal.dia bgtau saya nak pergi outstation,tp sebenarnya pergi honeymoon dgn skandal.masa tu saya masih dlm nifas slps melahirkan ank no2.sewaktu tidur,saya mimpi suami dihotel dan tidur dgn wanita lain,kulit putih mulus.sgt berbeza dgn penampilan saya yg kulit gelap.bila suami balik outstation,saya tanya betul2,pergi mana?tak sangka suami mengaku,sbb dia pun tak sangka kantoi.saya cerita dengan jelas keadaan bilik dll.dia terkejut mcm mana saya boleh tahu.sblm tu,saya ada terbaca,mimpi yg nk dekat2 masuk waktu subuh adalah petanda kejadian benar(wallahu ‘alam).selepas itu,suami tidak boleh lupakan skandal.walaupun dia disisi saya tp hati dan minda pd skandal.sering pegang telefon berbalas mesej dan keluar pergi makan sama2 walau saya dirumah.pergi keje dan balik sama2 sbb suami masih jemput dan hantar.masa anak saya belum cukup umur sebulan,kami bercerai.lebih baik begitu.sbb dia mmg mcm dah tak nampak kewujudan saya lg,mcm dh didunia lain.slps bercerai,dia ada mesej saya,kalau sygkan dia,tlg selamatkan dia.saya tak mampu nk selamatkan sesiapa.diri saya pun tk kuat.diri dia bukan tggjwb saya lagi.dia pun dh buang kami.tp akhirnya,skandal dia kahwin dgn bf lama.

    • Nani

      January 27, 2021 at 3:37 pm

      Ramai yg tak tahu. Bila kawin maknanya kita betul jumpa soulmate kita. Tak kisahlah berapa tahun tertulis dipinjamkan utk hidup bersama. Jadi biasanya gerak hati ‘yg dalam’ adalah betul (dlm tenang biasanya). Sebab itu adalah soul to soul connection. Jadi pihak yg menipu biasanya akan kantoi sbb soul to soul connection adalah yg suci dan ikhlas. Mungkin soul laki dia sendiri yg bgtahu soul isteri dia. Kebiasaannya begitu. Kalau tak bermimpi pun, kadang boleh nampak ‘gambaran’. Konon mcm Sajad, mengaku perempuan. Orang yg boleh ‘baca’ tahu dia lelaki..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top