Mimpi Ular & Kerap Sakit, Bella Astillah Dedah Terkena Sihir – “Anak Meracau Setiap Hari”

Hiburan

Mimpi Ular & Kerap Sakit, Bella Astillah Dedah Terkena Sihir – “Anak Meracau Setiap Hari”

Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah mendedahkan dirinya mungkin terkena gangguan sihir selepas mendapati dia kerap jatuh sakit dan sering mengalami mimpi buruk di malam hari.

Menerusi temu bual bersama Melodi, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu memaklumkan terdapat cecair di bahagian dahi kanannya dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan sekiranya tidak pulih.

Advertisement

Menurut Bella, sejak kebelakangan ini dia sering jatuh sakit sehingga tidak dapat bekerja seperti biasa dan hilang suara untuk membuat persembahan.

Benda ni macam tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita jadi lain. Kuat marah-marah.

Bukan itu sahaja, anak keduanya, Ara turut terkesan apabila sering meracau di malam hari dan menangis setiap hari namun apabila membuat permeriksaan doktor, anaknya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan.

I selalu mimpi ular, mengadu dengan mama. Mama cakap kalau mimpi ular orang belum kahwin maksudnya ada orang nak meminang. Tapi Kak Long dah kahwin.

Dalam pada itu, Bella turut meninggalkan pesanan buat si pelaku dan berkata dia agak susah untuk memaafkan apa yang dilakukan terhadap dirinya dan keluarga.

Saya sangat bersimpati dengan awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya sangat kecewa, susah nak maafkan.

Malah, pelakon berasal dari Sabah itu juga kurang berkongsi gambar bersama suami dan keluarga di media sosial bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

@melodiberapi

Siapa yang sanggup buat Bella Astillah?? Tak ingat dosa ke?? #meloditv3 #fyp? #sensasi #panas #bellaastillah #sabah #fypdongggggggg #fyp??viral

? original sound – Melodi – Melodi

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai syed menari tarian arab
2 years ago

(VIDEO) "Urat Malu Dah Putus" - Da'i Syed Dikecam Menari Tarian Marawis, Netizen Ramai 'Back Up'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...