Setiap daripada kita mesti pernah mempunyai pengalaman bermimpi ketika tidur. Ada mimpi yang indah, menakutkan, stress atau pelik.
Sering kali mimpi dikatakan sebagai mainan tidur dan konsep yang diterima umum mimpi merupakan proses emosi dari amygdala (pusat emotional otak) yang aktif ketika tidur.
Dalam Islam juga menerangkan bahawa untuk mentafsir mimpi ini agak sukar, ia perlu berlandaskan kebenaran serta pengalaman bukannya tafsiran secara logik semata.
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya ‘Tafsir Mimpi Menurut Islam’, ada menyatakan, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.
Bercakap tentang mimpi baru-baru ini, kami ada meminta followers berkongsikan mimpi GANJIL mereka. Respon yang kami terima memang macam-macamlah!
1. Mimpikan ex (bekas kekasih)
Hmmm.. Ni maksudnya tak move on lagi. Boleh jadi anda yang mimpikan ex ni masih mempunyai perasaan pada bekas pasangan atau terlalu banyak momen-momen indah bersama yang sukar untuk dilupakan.
Bertabahlah.. Semoga diberikan pengganti yang lebih baik dan pengakhiran yang indah.
2. Mimpi dating dengan Lee Min Ho & artis Kpop
Rasanya ni banyak sangat tengok kdrama sampai bawa dalam mimpi. Selain Lee Min Ho, kami juga terima respon yang mimpikan idol kegemaran mereka seperti BTS, Blackpink dan NCT. Haishhh..
Tak salah nak sukakan seseorang asalkan tak berlebihan dan berpada-pada ya.
3. Berjumpa dengan ahli keluarga & rakan yang telah meninggal
Kebiasaanya bermimpikan seseorang yang telah meninggal dunia merupakan petanda kita merindukan mereka. Minda bawah sedar kita mengingati kenangan yang pernah dilalui bersama dan memainkannya kembali pada waktu kita sedar tidur.
Walaupun ada yang mengatakan mimpi bertemu mereka yang telah ‘pergi’ memberi isyarat bahawa si pemimpi mungkin akan menyusul. Namun itu semua mitos kerana, ajal dan maut merupakan kuasa Tuhan.
4. Student semua hantar homework
Kami yakin yang mimpi ni mesti seorang tenaga pengajar. Mungkin cikgu stress sangat pelajar susah nak hantar kerja rumah sepanjang proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sampai terbawa ke mimpi.
Kami harap sekolah dah buka ni tiada lagi student yang mengelat nak buat homework. Kesian kat cikgu.
5. Langit runtuh & terasa dunia berakhir
Antara respon yang banyak kami terima ialah bermimpikan tentang kiamat atau hari pengakhiran. Siapa tak takut kan kalau mimpi dunia ni berakhir kan?
Dari sudut psikologi bermimpi tentang hari kiamat bermaksud kita terlalu memikirkan masa depan dan persaingan. Sebagai umat Islam percaya kepada hari Kiamat merupakan salah satu rukun iman. Jadi sama-sama kita perbaiki diri dan ibadat mungkin ia juga tanda daripada Tuhan untuk kita kembali kepadanya.
6. Dikejar zombie lepas main game zombie tsunami
Ni berapa lama agaknya main game ni sampai masuk mimpi ya? Persoalan kami, yang mimpi ni berubah sekali jadi zombie sekali tak agaknya?
7. Borak dengan KJ sembang merentas negeri
Bukan main-main mimpi borak dengan Khairy Jamaluddin. Dah tau belum bila boleh rentas negeri, tak sabar nak bungkus baju balik kampung.
Mimpi paling GANJIL semestinya pertemuan Amry & Nabila
GANJIL merupakan satu siri original terbaru daripada Viu Malaysia yang mengangkat mimpi sebagai plot pertemuan watak utamanya.
Bayangkan jumpa orang yang tak pernah anda kenali di alam nyata dalam mimpi. Bukan sekali malah berkali-kali. Sehingga anda rasa selesa dengan orang tu.
Bermula dengan tindakan Amry menyelamatkan Nabila daripada terjatuh gaung, takdir mempertemukan mereka berulang kali sehingga mereka menyedari kewujudan satu sama lain di alam nyata.
Menampilkan Fattah Amin (Amry) dan Diana Danielle (Nabila) sebagai teraju utama. Bersama mereka menyingkap keGANJILan dalam dunia mimpi.
Tapi persoalannya apakah maksud mimpi tu? Adakah ia mainan tidur atau alam ingin menyampaikan sesuatu kepada mereka?
Dua episod pertama GANJIL telah mula bersiaran dan boleh distrim di Viu. Untuk yang tak nak terlepas siri yang lain daripada yang lain ni jangan lupa untuk muat turun Viu hari ni juga.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.