Mimpi Bersalin Dan Susukan Bayi, Ibu Hamil 6 Minggu Ini Keguguran

Trending

Mimpi Bersalin Dan Susukan Bayi, Ibu Hamil 6 Minggu Ini Keguguran

Salam. Saya baru lepas keguguran. Gambar scan yang doktor beri pada saya, seolah-olah ada imbasan jin seperti gambar yang viral ini. Tak terlintas di kepala saya untuk fikir benda-benda seperti ini.

Advertisement

Kandungan saya berusia 6 minggu, tetapi disahkan keguguran 9 Februari 2017.

Seminggu sebelum saya keguguran, saya ada bermimpi yang saya bersalin dan saya susukan bayi itu. Saya tak fikirkan yang bukan-bukan tetapi ada yang beritahu, kalau mimpi menyusukan bayi, itu petanda buruk.

Seminggu selepas mimpi itu, saya mengalami keguguran.

Ini pengalaman mengandung kali pertama. Saya tak tahu sangat hal-hal seperti ini. Pada mulanya saya nampak imej pada imbasan itu, saya tak ambil tahu sangat dan menyangka mungkin itu bayangan sahaja dan saya lebih risaukan baby pada masa itu.

Saya pada mulanya juga tak percaya benda-benda begini, tetapi makcik saya sendiri pernah terkena.

Sehingga kini saya masih mencari jalan penyelesaian. Jika ada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi saya. Saya memang mengharap untuk ada zuriat sendiri.

Bukan nak percaya 100% tetapi kita ikhtiar tak benda buruk seperti ini berlaku lagi. Saya tidak mahu pisang berbuat dua kali.

Kredit : Fara Amirullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...