Mimi One Nation Emcees Mengaku Sudah Berkahwin Mei Lalu

Hiburan

Mimi One Nation Emcees Mengaku Sudah Berkahwin Mei Lalu

Pernah memaklumkan kepada media beliau bakal mendirikan rumah tangga pada 7 November depan, Mimi One Nation Emcees hari ini menerusi portal Harian Metro mengesahkan beliau sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya Mohd Firdaus Hajar sejak 16 Mei lalu atas permintaan bapanya.

Mimi terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana belum bersedia dengan keadaan kesihatan bapanya Norhisham Nasir yang tidak begitu mengizinkan pada waktu tersebut.

Advertisement

Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan.

Selepas 12 hari  bernikah, Mimi memberitahu bapanya meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu. Menurut Mimi, sehingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.

Majlis persandingan Mimi dan pasangan Mohd Firdaus bakal diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 7 November depan. Pasangan ini sebelum ini juga bertunang secara senyap-senyap tanpa pengetahuan media.

Syukurlah anda sudah bernikah, apa yang penting doakan yang terbaik sahaja buat mereka dalam melayari bahtera rumah tangga. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...