Kes rogol membabitkan pelajar perempuan tingkatan tiga yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh empat pelajar lelaki berusia 17 tahun terus mencetuskan kemarahan ramai. Difahamkan, semua suspek yang juga pelajar di sekolah sama telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes berprofil tinggi ini turut menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang memaklumkan bahawa keempat-empat suspek tersebut yang merupakan calon SPM dibenarkan menduduki peperiksaan pada 3 November ini.
Empat Pelajar Terlibat Kes Rog*l Dibenarkan Duduki SPM — Fadhlina Sidek
Namun, kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat, termasuk pelakon popular Mimi Lana yang tampil mempersoalkan keputusan tersebut.
Sejak bila pula pelaku jenayah layak diberi keistimewaan atas nama akademik? Bila suara rasmi seorang menteri sendiri kelihatan lebih simpati pada pelaku berbanding mangsa, apa mesej yang nak disampaikan kepada masyarakat? Jenayah dimaafkan demi peperiksaan?
Mimi turut menegaskan bahawa tindakan sebegitu seolah-olah memberi isyarat salah kepada masyarakat seolah-olah pelaku jenayah masih boleh diberikan keutamaan meskipun melakukan kesalahan berat. Katanya, keputusan seperti ini hanya akan “membawa kehancuran secara perlahan-lahan.”
Beliau juga menambah bahawa ini bukan kali pertama kenyataan tidak sensitif keluar daripada mulut Menteri Pendidikan itu.
Untuk rekod, Fadhlina sebelum ini menjelaskan bahawa tindakan undang-undang terhadap suspek akan dijalankan oleh pihak polis, manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menguruskan hal disiplin, sokongan ekosistem sekolah serta masa depan pendidikan pelajar terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.