Miliki Pelbagai Bisnes, Netizen Gembira Tengok Kehidupan Hidayah & Anak Selepas 5 Tahun Pemergian Arwah Abam Bocey

Trending

Miliki Pelbagai Bisnes, Netizen Gembira Tengok Kehidupan Hidayah & Anak Selepas 5 Tahun Pemergian Arwah Abam Bocey

Balu kepada pelawak dan pelakon, Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali kini menjalani kehidupan yang semakin selesa dan bahagia bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Difahamkan, Hidayah kini berjaya membuktikan dia mamu berdiri di atas kaki sendiri dan menjalankan perniagaan sebuah kedai makan.

Advertisement

Lima tahun selepas pemergian suami, kini kehidupan wanita berusia 33 tahun itu semakin stabil selepas bangkit daripada kesedihan dan menerima sokongan ramai insan tersayang.

kehidupan hidayah abam sekarang

Selain bisnes kedai makan, Hidayah juga mempunyai perniagaan menjual produk kecantikan serta tempat mencuci kereta.

Meskipun sibuk dengan jadualnya sebagai pemilik bisnes, Hidayah tidak pernah mengabaikan anaknya, Syed Utman yang kini sudah pun berusia enam tahun.

Hidayah juga dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang yang bersederhana dan hidup merendah diri meskipun perniagaannya semakin maju dan kini hidupnya senang berbanding dahulu.

Sesetengah netizen berpendapat semangat dan kekuatan ditunjukkan oleh Hidayah wajar dijadikan inspirasi bagi golongan wanita terutamanya yang berstatus ibu tunggal untuk bangkit selepas episod hitam dalam hidup.

Abam Bocey, Hidayah dan anak

Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun Abam menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun dan ketika perkahwinan mereka baru mencecah 2 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ali Puteh dakwa stesen TV belum lunas bayaran
2025-07-19 12:33:32

Ali Puteh Pula Tampil Bersuara, Stesen TV Yang Sama Masih Belum Lunas Hutang Tertunggak - "Belum Bayar Lagi Setahun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...