Miliki Mercun Dan Daun Ketum, Dua Lelaki Ditahan Polis

Kehidupan

Miliki Mercun Dan Daun Ketum, Dua Lelaki Ditahan Polis

Mercun pelbagai guna dan bungkusan berisi daun ketum serta 14 botol air ketum berjaya dirampas polis yang bernilai kira-kira RM25,000 hasil penahanan dua lelaki termasuk warga Indonesia.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dua suspek yang berusia lingkungan 30 dan 50-an ditangkap di sebuah medan selera di Kampung Baru sekitar jam 4 pagi.

Advertisement

Rampasan daun ketum anggaran berat 64 kg bernilai RM640 dalam bungkusan plastik diletakkan dalam lima guni, manakala botol berkenaan berisipadu 21 liter bernilai RM210.

“Hasil siasatan awal mendapati mercun dipercayai dijual kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan Aidilfitri bakal tiba”.

“Manakala bagi kesalahan dadah, kedua-dua suspek memasak dan membungkus air ketum untuk dijual berharga RM10 sebungkus kepada penagih di sekitar sini”.

PDRM

Dua suspek kemudian dibawa ke lokap IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan permohonan reman mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Semakan lanjut mendapati dua suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah”.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...