Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Miliki Kondo Dan Kereta Mewah : Ruhainies Nafi Ditaja

Baru sahaja berusia 25 tahun dan belum begitu lama dalam industri hiburan, ada pihak yang mempertikaikan bagaimana pelakon Ruhainies boleh memiliki kondominium sendiri serta kenderaan mewah Mercedes.

Advertisement

Timbul pula dakwaan mengatakan, semua itu adalah pemberian seseorang kepada dirinya ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya ditaja hartawan.

Bagaimanapun, Ruhainies tidak cepat melatah dan menjelaskan apa yang beliau miliki sejujurnya adalah hasil kerja kerasnya demi membahagiakan orang tersayang.

Saya tidak boleh tutup mulut orang, mereka tidak tahu ada masanya dalam sehari saya perlu bergerak ke sana sini memenuhi komitmen. Memang letih, tetapi saya gigihkan diri demi mencari rezeki.

Saya bekerja keras sejak mula berlakon, malah cuti juga boleh dikira dengan jari kerana saya mempunyai sasaran dalam hidup. Alhamdulillah, berkat kerja keras, saya dapat apa yang saya mahukan. Mungkin tidak mewah, tetapi saya berbangga dapat membahagiakan orang tersayang.

Advertisement

Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu dengan keselesaan hidup serta kejayaan Ruhaineis yang berjaya memiliki aset sendiri pada usia muda. Semuanya tidak mustahil asalkan kita rajin berusaha bukan? Tak perlu lah harapkan orang lain untuk taja diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Debbie

    March 31, 2018 at 2:30 pm

    Kalau tampar muka dia mau kl jerebu seminggu.

  2. melati

    March 31, 2018 at 12:45 pm

    Silap , sepatutnya Nara ckp Kondo tu kt Area maner & Mercedes tu tahun 2017 @18 baru lah org kagummm..hihihi

  3. Tora Torell Al-Muslem

    March 31, 2018 at 12:33 pm

    masalahnye cantik kew? muka mcm senget jew nengok.

  4. aA

    March 31, 2018 at 11:25 am

    Kuat nye kau edit.. batang hidung pun tak nmpak..

  5. dear khan

    March 31, 2018 at 11:16 am

    tak kisahlah kalau ada yg nak taja pun. asalkan bukan mencuri….betul tak…..zaman sekarang ingat senang ke nak cari makan.

    • Anonymous

      April 1, 2018 at 11:47 am

      Masalahnya yg menaja tu selalunya laki org. Mmg x curi direct. Tp duit tajaan tu sepatutnya kepunyaan isteri dan anak2.. Bknnya pompuan simpanan cap pisau cukur..

Loading...
To Top