Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Miliki Kondo Dan Kereta Mewah : Ruhainies Nafi Ditaja

Baru sahaja berusia 25 tahun dan belum begitu lama dalam industri hiburan, ada pihak yang mempertikaikan bagaimana pelakon Ruhainies boleh memiliki kondominium sendiri serta kenderaan mewah Mercedes.

Advertisement

Timbul pula dakwaan mengatakan, semua itu adalah pemberian seseorang kepada dirinya ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya ditaja hartawan.

Bagaimanapun, Ruhainies tidak cepat melatah dan menjelaskan apa yang beliau miliki sejujurnya adalah hasil kerja kerasnya demi membahagiakan orang tersayang.

Saya tidak boleh tutup mulut orang, mereka tidak tahu ada masanya dalam sehari saya perlu bergerak ke sana sini memenuhi komitmen. Memang letih, tetapi saya gigihkan diri demi mencari rezeki.

Saya bekerja keras sejak mula berlakon, malah cuti juga boleh dikira dengan jari kerana saya mempunyai sasaran dalam hidup. Alhamdulillah, berkat kerja keras, saya dapat apa yang saya mahukan. Mungkin tidak mewah, tetapi saya berbangga dapat membahagiakan orang tersayang.

Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu dengan keselesaan hidup serta kejayaan Ruhaineis yang berjaya memiliki aset sendiri pada usia muda. Semuanya tidak mustahil asalkan kita rajin berusaha bukan? Tak perlu lah harapkan orang lain untuk taja diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. mak cute

    April 2, 2018 at 2:44 pm

    tgh laku mmg la kondo keta mewah…sok2 dh tua susah x menyimpan jgn plak lupa g jumpa noh udang…mohon PPR ok…artis ms tgh mewah paper bag segala brand ko nak usung tayang…

  2. done membawang

    April 2, 2018 at 9:52 am

    dia anak org kaya la.. tak heran la mampu

  3. Rania

    March 31, 2018 at 10:47 pm

    X percaya apa dia cakap. Masa baru 1 drama pun dah mewah giler cuti London je,handbag puluh riban,kete mewah . .family biasa2 je rasanya tp mewah nya .Mahal benar ke gaji pelakon…

    • Anonymous

      April 1, 2018 at 10:52 am

      setahu aku g london 2016.. dh berlakon sblm tu lagi agak2 laa nk kencing baru 1drama… pengotor kau ni..

  4. Anonymous

    March 31, 2018 at 7:31 pm

    kak dia kurg gossip

  5. Anonymous

    March 31, 2018 at 4:42 pm

    bagus dia ni even tak lead drama.. tiap hasil dia pandai menyimpan… ramai jer retis2 yg dh lead drama pon masih menyewa.. saharul ridwan tu contoh dulu bfr kawin famous tp xnmpk hasil.. tgk dia skrg cukup2.. jd retis ni ade time pasang surut time laku elok laa beringat beli umah.. tua nnti jgn smpi minta pprt mcm uji rashid.. umah ni mesti ade dulu.. kete murah pon xdehal

    • Sisturnina

      March 31, 2018 at 8:29 pm

      Ye better beringat. Jangan perabis duit untuk brg makeup n beg tangan. Invest untuk aset. Dah tua hidup susah baru sibuk minta bantuan derma. Ada yg pakai beg chanel masuk hospital kerajaan. Ada yg admit hospital swasta x mampu bayar minta derma….sedih oooo. Sebab tu Masa muda ni Cari laki kaya…..biar org kata apa…aku pun kalau boleh nak Cari laki kaya…paling kurang aku x tanggung laki..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama