Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, Sajat mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman.
Difahamkan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos tahun lalu dan merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.
Ketika serbuan dilakukan, Sajat tidak ada di premis berkenaan. Antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan beberapa produk kecantikan lain.
Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan ia satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.
Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.
Peguam bela Nur Sajat memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya itu tidak pernah ingkar arahan mahkamah tetapi pihak mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 23 jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Natural Skincare
September 4, 2019 at 3:19 pm
Say goodbye to dullness and uneven skin tone in 2 weeks. Made from 100% selected natural & organic ingredients only. Perfect for all skin type – oily, acne-prone, dry, aging, normal and combination skin. Safe & effective with real results.
Kak Sajat
May 16, 2019 at 11:37 am
Kenapa polis perempuan yang escort?
orang kelainan jantina OKJ
May 14, 2019 at 9:03 am
Jabatan Agama Islam dah dia suap cukup2. Mana nak bunyi… setakat denda 25k tu apa lah sgt kat sajat ni. Celah gigi dia je.
baby Piah
May 13, 2019 at 4:18 pm
Kesalahan besar dah nampak tapi pihak berkuasa tak ambil apa2 tindakan pun . lelaki memakai / menyerupai perempuan !!!!!
pakai tudung datang klate weiiiii … apoo niii !???
Anonymous
May 13, 2019 at 2:14 pm
aku ” musykil punggung ” dia….
Anonymous
May 13, 2019 at 3:40 pm
aku musykil terus tgk youtube macamana diaorg ni buat bontot. Allahuakbar. Seksanya la. Patut ditunjuk2, mahal dan menyeksakan. The process is inhumane