Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

Hiburan

Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

Menzahirkan rasa gembira kerana impian untuk membawa ibu bapa merasmikan rumah barunya tercapai, penyanyi dan usahawan terkemuka tanah air, Mila Jirin tampil mendedahkan perkara itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

Advertisement

Menurut Mila, beliau kini berasa amat bahagia melihat kedua ibu bapanya tersenyum dengan segala usahanya selain mengucapkan terima kasih kerana mendoakan kejayaannya. 

“Belum sempurna bakti kita terhadap ibu dan ayah apabila tidak mendoakan kebaikan dan ampunan untuk mereka. Tidak lupa juga mendoakan mereka supaya diberikan ganjaran syurga.”

Menurut Mila, kediaman yang baharu dibelinya itu terletak di Johor Bahru.

Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

“Tertunai impian nak bawa mak ayah mai rasmi rumah baru di JB. Alhamdulillah… Senyuman bahagia mak ayah, membuatkan kita rasa lebih bahagia. Tadi waktu mak ayah nak balik KL sempat cakap lagi ‘terima kasih sebab selalu doakan kejayaan saya.”

Selain itu, Mila juga sempat menitip kata-kata ringkas untuk dijadikan iktibar buat orang ramai khususnya para peminat agar sentiasa membahagiakan ibu bapa kerana yakin Allah SWT akan memberi nikmat kebahagianan yang tidak terhingga buat golongan yang sentiasa menghargai orang tua mereka.

Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

Terdahulu, Mila yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun ini.

Hasil titik peluh serta kerja keras bersama suami yang mengendalikan empayar bisnesnya sendiri seperti pakej perkahwinan Bizmilla dan perniagaan pastry, Mila kini dilihat benar-benar gah di dalam dunia perniagaan sebaris usahawan selebriti lain seperti Neelofa dan Shuib Sepahtu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...