November 18th, 2015

Ketika melihat beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Mila Jirin, Abang Nara tertarik dengan kasut yang dipakai oleh penyanyi ini di hari bahagianya. Super duper cantik. Memang menyerlahkan lagi kejelitaan Mila di hari pernikahannya.

mila jirin

cantik kan?

Ok jom kita tengok dengna lebih dekat lagi kasut yang digunakan oleh Mila Jirin di hari penuh maknanya itu.

mila jirin

simple but elegant

mila jirin

memang sesuai kasut ini untuk hari pernikahan

Mula-mula Abang Nara ingatkan Mila Jirin beli kasut ini di overseas. Iyerlah. Kualiti nampak superb dan rekaannya memang sangat-sangat menarik. Namun selepas sedikit kajian dilakukan, rupa-rupanya kasut Mila Jirin di hari pernikahannya ini adalah rekaan rakyat Malaysia iaitu Christy Ng.

mila

inilah Christy Ng, pereka kasut yang digunakan oleh Mila Jirin

Christy Ng ini pernah dilabel sebagai “the next Jimmy Choo” oleh media-media tempatan kerana rekaan kasutnya yang unik, menarik dan berkualiti tinggi. Memulakan perniagaan kasutnya sejak Julai 2010, Christy Ng menyediakan pelbagai jenis kasut. Senang cerita, kalau nak kasut jalan-jalan pun ada, kasut nak pergi majlis makan malam pun ada, kasut nak buat basahan pun ada, kasut perkahwinan pun ada dan macam-macam lagilah. Sebab itulah tagline laman web www.christyng.com ialah “Welcome to shoe heaven”. Memang syurga buat pencinta kasut.

mila jirin

laman web Christy Ng pun secantik kasut-kasut rekaannya

Apa yang membanggakan Abang Nara ialah pelanggan-pelanggan Christy Ng bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia, malah ada juga tempahan dari Amerika Syarikat, Australia, Canada dan Singapura. Semakin hari, jenama dan kasut Christy Ng terus mendapat perhatian seantero dunia. Tiada siapa menyangka Christy Ng akan menjadi sebesar ini, namun itulah hasil daripada usaha gigihnya selama ini.

christy

antara kasut custom made untuk pelanggan dari oversea

Apa yang membezakan Christy Ng dan penjual-penjual kasut yang lain ialah Christy dan pasukannya mengkaji, membuat rekaan dan menghasilkan kasut-kasut mereka di Malaysia sepenuhnya. Bukan sahaja kasut yang dicipta harus cantik, tetapi juga harus selesa dipakai. Malah Christy Ng juga mementingkan kualiti pada setiap kasut rekaannya. Harga yang dijual juga amat berpatutan. Memang mampu dimiliki oleh mereka yang berminat membelinya.

christy ng

tertarik, menarik kau memang dabom

Kalau tak silap Abang Nara, bukan sahaja Mila Jirin, malah beberapa selebriti dan orang kenamaan lain seperti Sherry Ibrahim, Daphne Iking, Azwaliza Azman, Delia Arnold dan ramai lagi turut sama pernah menggayakan kasut Christy Ng. Wife Abang Nara pun pernah juga membeli beberapa pasang kasut menerusi laman web www.christyng.com. Katanya memang kualiti setanding kasut international. Untuk makluman, wife Abang Nara ini bukan senang nak bagi puji-pujian. Kalau dah puji maknanya memang betullah tue.

christy ng

cantik kan? Sila terkesima

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkanlah kasut yang anda inginkan di www.christyng.com sekarang jugak. Selamat mencuba!!!


Comments are closed.

Loading...