Agak ramai selebriti yang memilih bulan November tahun ini untuk berkahwin termasuklah Mila AF5 atau nama sebenarnya Mila Jirin.
Menikah dengan lelaki yang sudah berkawan baik dengan beliau seawal usia 18 tahun, Mila bagaimanapun enggan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak bagi majlis raja sehari beliau nanti.
Bukan niat beliau untuk berlagak tetapi Mila lebih selesa dan lebih berpuas hati jika dapat menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mjalis tersebut sekali seumur hidupnya.
Jika mereka masih mahu menghulurkan bantuan dalam majlis itu boleh, cuma izinkan saya dan bakal suami untuk memberi token penghargaan pada kerja mereka. Kalau dapat harga istimewa, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak.
Berbicara mengenai perkembangan seni, single terbaharunya yang bertajuk Bukan Isteri Sempurna sudah mula berkumandang di corong-corong radio.
Di samping itu, juara Akademi Fantasia (AF5) ini juga rancak dengan perniagaannya Bizz Milla Katering, Baju Kurung Milla dan Restoran Embun Urai yang sekarang semakin maju.